Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Acara Semasa

Majlis Penghargaan dan Menandatangani Dokumen Serahan bagi Struktur Rig-ke-Terumbu antara Petronas dan Jabatan Perikanan Malaysia

Majlis Penghargaan dan Menandatangani Dokumen Penyerahan bagi Struktur Rig-ke-Terumbu antara Petronas dan Jabatan Perikanan Malaysia, 10 November 2025, Putrajaya, Malaysia

Susulan daripada penempatan platform oil rig Kapal di Pulau Kapas pada tahun 2017, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), telah meneruskan penempatan dua struktur oil rig tambahan, iaitu South Angsi A (SA-A) dan Warisan 81A (Hot Tap Frame) sebagai terumbu tiruan di bawah program Rig-to-Reefs di perairan Pulau Tenggol.

Warisan 81A (Hot Tap Frame) telah ditempatkan sebagai satu struktur pada 27 Jun 2025 di sempadan Kawasan Taman Laut Pulau Tenggol, pada kedalaman air kira-kira 41 meter. Tujuannya adalah untuk berfungsi sebagai tapak pemuliharaan ikan dan biodiversiti marin serta menghalang aktiviti pukat haram daripada menceroboh Kawasan Perlindungan Laut.

Sementara itu, platform South Angsi A telah diubah suai menjadi lima modul terumbu tiruan bersaiz lebih kecil dan ditempatkan di bahagian barat Pulau Tenggol berhampiran Bangkai Kapal Sawadee (Sawadee Wreck). Modul terumbu oil rig yang baharu dipasang ini dijangka menjadi tarikan tambahan kepada penyelam serta berfungsi sebagai struktur yang meningkatkan biodiversiti marin.

Kedua-dua struktur oil rig ini telah diserahkan secara rasmi kepada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) oleh PETRONAS pada 10 November 2025 semasa Majlis Penghargaan dan Menandatangani Dokumen Penyerahan bagi Struktur Rig-ke-Terumbu antara Petronas dan Jabatan Perikanan Malaysia, yang diadakan di Hotel Zenith, Putrajaya.

Jumlah Pelawat Mengikut Halaman :
Tarikh Kemaskini :
06/02/2026 6:49 am
Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)
Jumlah Pelawat :
600,391
Pelawat
| Tarikh Kemaskini :
28 April 2026 2:58 pm
Hakcipta Terpelihara @ 2026 Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)