Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Acara Semasa

Bengkel Analisis Data Tangkapan Jerung dan Pari untuk Menentukan Nilai ‘Hasil Maksimum Mampu Diperbaharui’ (MSY)

Bengkel “Analisis Data Pendaratan Ikan Yu dan Pari bagi Menentukan Nilai ‘Maximum Sustainable Yield’ (MSY)” (Sharks and Rays Landing Data Analysis to Determine the Value of ‘Maximum Sustainable Yield’ (MSY)) telah diadakan pada 24 Jun 2020 di Bilik ICT, Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT), Kuala Terengganu. Seramai 11 peserta telah menyertai bengkel ini, terdiri daripada sembilan kakitangan ISMAT dan dua pegawai penyelidik dari FRI Kg. Acheh. Dr. Rumeaida binti Mat Piah, pensyarah dan Ketua Fakulti Perikanan dan Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu, dijemput sebagai tenaga pakar untuk berkongsi kepakarannya dalam penilaian stok ikan.

Peserta diperkenalkan kepada analisis data dan teori penganggaran nilai MSY menggunakan model ‘Schaefer’ dan ‘Fox’. Selain itu, peserta juga dilatih secara praktikal untuk menentukan nilai MSY melalui analisis data pendaratan ikan yu dan pari daripada dua daerah, iaitu Larut Matang, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah bagi tahun 2017, 2018 dan 2019.

Jumlah Pelawat Mengikut Halaman :
Tarikh Kemaskini :
06/02/2026 7:21 am
Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)
Jumlah Pelawat :
600,391
Pelawat
| Tarikh Kemaskini :
28 April 2026 2:58 pm
Hakcipta Terpelihara @ 2026 Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)