MESYUARAT PAKAR TERAS KALI PERTAMA MENGENAI STRATEGI PENGURUSAN PERIKANAN BAGI SUMBER IKAN PELAGIK DI RANTAU ASIA TENGGARA, 24 November 2020
1000 – 1210 (GMT+08:00) Waktu Malaysia – Kuala Lumpur
Mesyuarat Pakar Teras Kali Pertama mengenai Strategi Pengurusan Perikanan bagi Sumber Ikan Pelagik di Rantau Asia Tenggara dianjurkan di bawah projek bertajuk “Strategi Pengurusan Perikanan bagi Sumber Ikan Pelagik di Rantau Asia Tenggara” (Program JTF Fasa II). Projek ini dibiayai oleh Dana Amanah Jepun II (Japanese Trust Fund II) untuk tempoh 5 tahun (2020–2024).
Mesyuarat ini bertujuan untuk: Berkongsi maklumat dan keputusan daripada projek terdahulu, iaitu JTF VI “Kajian Perbandingan bagi Pengurusan Perikanan Pukat Tunda di Rantau Asia Tenggara”; dan Memperkenalkan projek ini, iaitu JTF IV Fasa II, serta mencari hala tuju bagi 4 tahun akan datang.