SEAFDEC/MFRDMD menganjurkan Mesyuarat Keenam secara maya Kumpulan Kerja Saintifik mengenai Penilaian Stok Tuna Neritik di Perairan Asia Tenggara pada 2 Disember 2020. Mesyuarat ini bertujuan untuk:
Berkongsi maklumat terkini mengenai Terma Rujukan (TOR) yang disemak semula bagi Kumpulan Kerja Saintifik untuk Penilaian Stok Tuna Neritik di Rantau Asia Tenggara serta senarai ahli terkini;
Berkongsi keputusan daripada siri program serantau mengenai “Penilaian Status Stok dan Jumlah Tangkap Tersedia bagi Tuna Neritik di Asia Tenggara”; dan
Membincangkan pelan kerja aktiviti masa hadapan.
Mesyuarat ini melibatkan wakil daripada 8 Negara Anggota Serantau (AMS) iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam, Tenaga Pakar, Sekretariat SEAFDEC, Jabatan Latihan SEAFDEC, serta pegawai daripada SEAFDEC/MFRDMD.
Pada akhir mesyuarat, semua ahli telah dikemas kini dengan maklumat mengenai TOR yang disemak semula, keputusan terkini penilaian stok dan risiko, serta kajian genetik mengenai tuna neritik. Laporan awal tentang “Penilaian stok dan risiko sumber kawakawa (Euthynnus affinis) dan tuna ekor panjang (Thunnus tonggol) di perairan Asia Tenggara menggunakan ASPIC” akan disebarkan kepada semua ahli SWG untuk pengesahan selepas itu.