“Penyelidikan dan Penilaian terhadap Jumlah Sisa Marin yang Dikumpul oleh Pelbagai Jenis Alat Tangkap Semasa Aktiviti Penangkapan di Laut” merupakan Aktiviti 2.2 di bawah projek utama bertajuk “Penyelidikan dan Peningkatan Kapasiti Serantau bagi Pemantauan dan Pengurangan Sisa Marin daripada Aktiviti Perikanan di Asia Tenggara”.
Objektif utama Aktiviti 2.2 ialah untuk mengklasifikasikan komposisi dan jumlah sisa marin yang dikumpul menggunakan pelbagai jenis alat tangkap semasa aktiviti penangkapan di laut.
Kawasan pensampelan meliputi perairan Terengganu dan Kelantan, menggunakan lima jenis alat tangkap iaitu: Pukat tunda musim monsun, Pukat trammel, Gill net dasar berjangkar, Pukat tunda Zon B, Pukat tunda Zon C. Setiap sisa marin yang dikutip akan dipisahkan daripada jumlah tangkapan, kemudian dikategorikan, dikira bilangan, dan ditimbang beratnya.
Tempoh pelaksanaan aktiviti: 4 Mei – 3 Jun 2025.